Saturday, February 12, 2011

Membina Pemikiran Geometri Pelajar di Sekolah

  • Bagi sesetengah pelajar, proses pembelajaran berlaku secara aktif dan berkesan melalui permaianan.
  • Arahan simulasi dalam geometri serta aktiviti pengayaan boleh diterapkan didalam aktiviti bermain seperti : 1) menyusun blok - blok dan mozek mengikut corak tertentu. 2) menyelesaikan tangram.
  • Dalam aktiviti begini, pelajar akan dapat mempelajari konsep geometri dengan lebih berkesan serta bermakna bagi mereka.
  • Contoh dalam menyusun mozek, guru boleh bertanya apakah bentuk geometri yang digunakan serta apakah bentuk atau corak yang dibentuk daripada susunan - susunan blok - blok tiles tersebut.
  • juga apa penyelesaian yang dapat diterokai daripada permainan tangram serta origami.

How to make an Twistar or Origami Medial Rhombic Triacontahedron

How to Play Tangram games : Making Your Own Tangrams

How to make an Origami Star of David

Kemahiran Matematik

Persoalan yang selalu timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik ialah: 'Bagaimanakah hendak menghasilkan perancangan pengajaran matematik yang berkesan?'

Soalan ini bukan satu soalan yang boleh dijawab dengan mudah. Dalam era konstruktivisme ini, sebagai seorang guru matematik, dia harus tahu bagaimana pelajar-pelajar memperolehi atau membina dan memperkembangkan pengetahuan matematik, dan cara-cara yang boleh menggalakkan proses membina pengetahuan matematik di dalam minda pelajar.

Konstruktivisme merupakan satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam pendekatan ini murid dianggap telah mempunyai idea yang tersendiri tentang sesuatu konsep yang belum dipelajari. Idea tersebut mungkin benar atau tidak.

Konstruktivisme melibatkan lima fasa, iaitu:

1.Guru meneroka pengetahuan sedia ada murid pada permulaan sesuatu pelajaran melalui soal jawab atau ujian.
2.Guru menguji idea atau pendirian murid melalui aktiviti yang mencabar idea atau pendiriannya.
3.Guru membimbing murid menstruktur semula idea.
4.Guru memberi peluang kepada murid mengaplikasikan idea baru yang telah diperoleh untuk menguji kesahihannya.
5.Guru membimbing murid membuat refleksi dan perbandingan idea lama dengan idea yang baru diperoleh.

Pendapat yang dikemukakan oleh ahli-ahli konstruktivisme ialah seseorang individu membina pengetahuan dalam mindanya melalui proses-proses menghubungkaitkan maklumat baru dengan pengetahuan yang lama atau sedia ada.

Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. F

ikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.


"Mengikut pendapat ahli konstruktivisme, pengetahuan konsep tidak dapat dipindah dari seorang kepada seorang yang lain, tetapi mesti dibina oleh setiap pelajar berasaskan sepenuhnya kepada pengalamannya."

"Satu konsep matematik boleh ditakrifkan sebagai corak asas yang menghubungkaitkan set-set objek atau tindakan-tindakan antara satu sama lain dan pengajaran konsep-konsep matematik merupakan satu usaha yang kompleks"
Pengajaran pengetahuan matematik selalu dihubungkaitkan dengan pengajaran konsep matematik. Mengikut Souviney (1989), satu konsep matematik boleh ditakrifkan sebagai corak asas yang menghubungkaitkan set-set objek atau tindakan-tindakan antara satu sama lain dan pengajaran konsep-konsep matematik merupakan satu usaha yang kompleks.

Beliau mengatakan setiap pelajar mempunyai set pengalaman dan kebolehan yang unik untuk menyelesaikan setiap tugasan pembelajaran. Dengan ini, guru matematik memainkan peranan yang penting dalam perancangan pengajaran yang berkesan untuk membantu pelajar membina dan mengembangkan pengetahuan matematik.




Pembinaan dan Perkembangan Pengetahuan Matematik dalam Minda Pelajar

Semenjak kebelakangan ini, hasil-hasil kajian tentang proses pembelajaran matematik telah menunjukkan bahawa pengetahuan matematik adalah dibina dan dikembangkan dalam minda seseorang individu itu oleh dirinya sendiri.

Mengikut Piaget (dalam Souviney, 1989), semua pengetahuan baru boleh difahami hanya apabila dikaitkan dengan yang sedia ada. Beribu-ribu pengurusan struktur atau skema dikembangkan di sepanjang hayat seseorang. Melalui proses interaktif asimilasi dan akomodasi, individu-individu berusaha mencapai keseimbangan yang bersepadu dan mengalami peringkat-peringkat perkembangan itu. Seseorang individu dikatakan akan mengasimilasikan apa yang baru diketahui dengan apa yang sudah diketahui, untuk mencapai pemahaman. Pengalaman lama akan berubah secara beransur-ansur, atau yang dikenali sebagai akomodasi, disebabkan oleh pengalaman baru ini. Ahli psikologi Rusia, Lev Vygotsky (dalam Souviney, 1989) pula mengatakan operasi mental adalah dirangsangkan melalui interaksi sosial yang aktif dengan rakan sebaya dan orang dewasa yang lebih berterampilan. Operasi-operasi ini akan diserap ke dalam minda seseorang dan menukar menjadi sesuatu yang diperlukannya. Beliau juga membahaskan bahawa pengajaran berkesan ialah apabila pelajar bekerjasama melibatkan diri dalam aktiviti dalam suasana yang menyokong pembelajaran dan menerima bimbingan yang berpatutan dari guru. Guru berperanan mengorganisasikan interaksi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan tugasan pembelajaran.